ALOR SETAR, 19 September- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Kedah mengambil inisiatif menerusi Jualan Rahmah bagi mengurangkan beban pengguna susulan isu kenaikan harga beras putih import serta kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran ketika ini di Kedah.
Inisiatif itu dijalankan dua kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ia berjumlah 72 kali sebulan di seluruh negeri itu manakala Jualan Rahmah akan bergerak ke 55 lokasi .
Pengarah KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth berkata, pihaknya berusaha menjual beras import lima kilogram pada harga tempatan RM13.00 manakala 10 kilogram pada harga RM26.00.
Harga itu dikawal dan ditetapkan oleh kerajaan seperti barang-barang kawalan lain.
"Maka kita melaksanakan Jualan Rahmah dua kali sebulan di setiap DUN di Kedah dan ia berjumlah 72 kali sebulan iaitu Jualan Rahman bergerak kita jual dengan harga RM13.00 bagi beras tempatan. Itu inisiatif pertama," katanya kepada RTM di sini.
Pihak KPDN Kedah menyahut usaha kolektif itu memberi komitmen dengan Jualan Rahmah dengan harga beras yang akan ditentukan kementerian nanti.
Affendi juga memberitahu pihaknya telah membuat OPS Jamin berkaitan beras di Kedah bermula 7 julai lalu dengan memeriksa 578 kawasan operasi di premis dengan mendapati 12 aduan diterima serta dibawa kepada pihak Kawalselia Padi Dan Beras Negeri Kedah bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
"Kita sebenarnya telah membuat OPS Jamin yang berkitan beras semata-mata dan telah memeriksa 578 kawasan operasi. Namun ia akan dipanjangkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras untuk tindakan lanjut," katanya.
Afendi menjelaskan kesemua aduan diterima adalah menerusi aplikasi EZ ADU KPDN serta panggilan telefon.
Bagaimanapun, pihaknya berkata tinjauan telah dilakukan dan hasil semakan mendapati terdapat semakan kekurangan beras tempatan di secara drastik di negeri itu.
Pihaknya juga berusaha untuk mendapatkan beras tempatan untuk dijual menerusi jualan Rahmah namun ianya tidak dapat dijual pada situasi sekarang.
Sementara itu Affendi memberitahu setakat 17 September lalu jualan Rahmah bawah KPDN Kedah di 126 lokasi seluruh negeri itu meraih nilai jualan sebanyak RM6.89 juta.
Manakala bagi jualan Rahmah bergerak di 55 lokasi di Kedah menerima hampir 75,000 kunjungan dan mengaut nilai jualan hampir RM763,000.
(Affendi Rajini Kanth)