fb fb fb fb fb

'Ada Rasa Cinta' juara program Jejak Puisi Perlis: Pertandingan Cerita Puisi

ARAU, 5 Julai - Sebanyak 62 puisi dipertandingkan pada program Jejak Puisi Perlis: Pertandingan Cerita Puisi bermula 6 Mei lalu anjuran Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama Think City Sdn Bhd.
 
Pertandingan tersebut sebagai platform kepada penyair-penyair amatur dan profesional untuk menonjolkan warisan, budaya dan alam semulajadi di Perlis melalui bakat berpuisi selain mempromosikan lokasi-lokasi menarik di sekitar negeri itu.
 
Menurut Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Dr Latisha Asmaak Shafie, program yang dilaksanakan seumpama ini memberi peluang kepada segenap golongan masyarakat untuk meraikan kepelbagaian budaya penduduk tempatan. 
 
Pelaksanaan program bawah Geran Pemangkin Ekonomi Budaya, Kitaran ke2 yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Pelancongan Wilayah Utara dan Pembangunan Ekonomi Tempatan, iaitu sebuah program kelolaan Think City Sdn Bhd dinaungi Kementerian Kewangan.
 
Ia merupakan program geran yang mempromosikan aset budaya ketara dan tidak ketara yang unik di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
 
"Saya dapat memperkenalkan bakat-bakat baru terutamanya penulis puisi-puisi yang baru mencungkil bakat  dan juga yang baru nak cuba dan juga mereka berani dan saya sangat bangga dengan mereka lah sebenarnya, saya sangat bangga sebab mereka dapat datang, dapat mempersembahkan puisi mereka. Mereka dapat dan pada masa sama saya sangat bangga saya dapat memperkenalkan kamilah kumpukan saya dapat memperkenalkan tempat-tempat yang menarik di negeri Perlis," kata Dr Latisha, di sini.

(Dr Latisha ditemui pemberita pada Majlis Penutup Jejak Puisi Perlis: Pertandingan Cerita Puisi
di Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis yang disempurnakan
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Faizal Kamarudin)

Sepanjang pertandingan berlangsung, peserta dibawa melawat tapak-tapak budaya di seluruh negeri Perlis, antaranya Muzium Kota Kayang, Kampung Warna-Warni Kuala Perlis, Wang Kelian, Taman Herba, dan Timah Tasoh.
 
Proses penjurian melibatkan seramai 21 orang yang diketuai Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari dengan kemuncak pertandingan, puisi bertajuk Ada Rasa Cinta karya Azura Zuhdi dinobatkan sebagai pemenang utama.

Media Baharu