fb fb fb fb fb

Acryl Sani arah Ketua Polis Negeri, Daerah bekerjasama dengan media

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kerjasama dan persefahaman amat penting khususnya dalam menyalurkan sebarang maklumat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Justeru beliau mengarahkan agar semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah memberi kerjasama kepada pihak media bagi mengelak sebarang kekeliruan maklumat dan salah faham  dalam kalangan masyarakat.

"Ini bagi membolehkan semua ketua polis (negeri dan daerah) memainkan peranan membantu pihak media.

"Kebanyakan kes yang berlaku adalah rutin, jadi kenapa saya perlu mengehadkan kepada Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (untuk memberikan kenyataan media), maka inilah peranan ketua polis (negeri dan daerah) untuk beri apa jua maklumat kepada media.

"Tidak dapat dinafikan PDRM adalah satu agensi yang sentiasa menguruskan hal ehwal orang ramai, jadi tentu sekali ia akan membabitkan secara tak langsung para pengamal media melaporkan perkara yang menarik perhatian yang berlaku sekitar kehidupan masyarakat kita,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam PDRM bersama media di Bukit Aman di sini pada Ahad.



Dalam majlis tersebut, media turut dijelaskan peranan anggota polis dalam kawalan keselamatan orang kenamaan dan bentuk-bentuk ancaman yang perlu dikekang.

Majlis yang diadakan di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman dihadiri kira-kira 80 orang pengamal media terdiri dari editorial, wartawan, juru kamera dan jurufoto dari media eletronik dan media cetak.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Hazani Ghazali.

Media Baharu