
KUALA LUMPUR, 25 April – Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu berkuat kuasa pada 13 Mei 2026.
- Ketua Setiausaha Negara memaklumkan pelantikan selepas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
- Pelantikan dibuat selaras subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
- Kerajaan yakin pengalaman dan integriti beliau akan memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat pembanterasan rasuah.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi kenyataan setelah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan itu.
“Pelantikan itu selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].
“Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” menurut kenyataan itu.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan cadangan pelantikan
Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu kepada Sultan Ibrahim.