fb fb fb fb fb

90 peratus, isu geran hak milik tertunggak di Johor selesai

JOHOR, 16 Oktober- 90 peratus, isu geran hak milik tertunggak di Johor sudah selesai setakat ini, dengan 96.5 peratus kes, diselesaikan di kalangan peneroka FELDA, di kawasan Parlimen Sembrong, Kluang.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pencapaian tersebut menyelesaikan isu Hak Milik tertunggak, yang membelenggu peneroka, sejak bertahun lalu.

 
(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Bagi terus menyelesaikan isu tersebut, 656 Geran Hak Milik diserah kepada peneroka FELDA Bukit Tongkat, petang tadi.

"Kita tengok isu geran tanah, banyak telah diselesaikan, di sekitar Johor ini, hampir 90 peratus geran tanah tertunggak, yang bertahun menunggu, sudah diselesaikan, ini komitmen kerajaan negeri, untuk terus selesaikan perkara berbangkit seperti ini," katanya di sini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, komitmen tersebut mencerminkan konsistensi pihaknya, bersama Kerajaan Negeri, terus membantu warga FELDA.

"Perjuangan kita untuk orang ramai ini, warga FELDA ini, konsisten, termasuk pada masa dan ketika dimana kita sendiri tidak memerintah, sebab itu, konsistensi, dan hubungan talian kita dengan warga peneroka ini, saya harap akan berterusan," katanya selepas Majlis Penyampaian Hak Milik FELDA Bukit Tongkat, di Kluang.

Media Baharu