fb fb fb fb fb

9 warga Singapura terlibat kemalangan di Bukit Genting

(FOTO JBPM)

BALIK PULAU, 24 September – Sembilan pelancong warga Singapura disahkan terlibat kemalangan van yang dipercayai terjatuh dari ketinggian enam meter di Bukit Genting, tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Suffian Kamarul Bahari berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.14 malam dan operasi menyelamat melibatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau.

Menurutnya, apabila pasukan tiba ditempat kejadian, pihaknya mendapati terdapat sebuah van yang membawa pelancong dari Singapura telah terbabas lalu jatuh ke dalam cerun bukit.

Ketika ini, kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dilakukan dengan dibantu oleh beberapa pasukan bomba sukarela berdekatan.

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama dari BBP Balik Pulau.


(FOTO JBPM)

Media Baharu