fb fb fb fb fb

9 komponen i-PULIH , tingkat keupayaan diri menolak pengaruh dadah

KANGAR, 8 Oktober- Seramai 403 orang klien komuniti dan keluarga dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis menyertai Karnival Kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga (KSKK).

Karnival ini merupakan salah satu strategi di bawah transformasi Rawatan Dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) yang mensasarkan klien-klien komuniti dan keluarga.

Menurut Penolong Pengarah Cawangan Rawatan, Perubatan Dan Permulihan AADK Negeri, Razshahfiq Ili Nadiy  Roslan, program ini terus dipergiatkan agar klien dapat mengekalkan pemulihan bersama keluarga.

"Ia dapat mengurangkan kadar dan potensi menagih dadah, seterusnya dapat meningkatkan keupayaan diri untuk menolak pengaruh dadah," katanya.

Jelasnya, karnival yang berkonsepkan Hari Keluarga ini menepati objektif dengan memberikan suntikan motivasi kepada keluarga.


(Karnival Kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga yang diadakan bagi mengeratkan hubungan keluarga)

Aktiviti sukaneka untuk anak-anak dan aktiviti sukaneka berpasangan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan keluarga, sekali gus dapat merealisasikan matlamat kekal pulih melalui pengukuhan 9 komponen i-Pulih.

Program yang berlangsung di Pasar Terapung, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) melibatkan kerjasama strategik di antara AADK, YADIM, JPS, RELA, JKR dan sokongan hebat dari semua ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Perlis.

Media Baharu