fb fb fb fb fb

84 pesakit disantuni melalui Program Bakti MADANI di Perlis

Program Bakti MADANI: Siswa Universiti Komuniti Madani@Perlis (SUKA PERLIS)

ARAU, 9 November - Seramai 84 pesakit terlantar, mengalami masalah kesihatan serta mereka yang kehilangan ahli keluarga disantuni menerusi Program Bakti MADANI: Siswa Universiti Komuniti Madani@Perlis (SUKA PERLIS).

Program digerakkan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perlis dan Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sekitar Parlimen Arau.

Menurut Pengerusi Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perlis, Rozieana Ahmad, program yang dilaksanakan ini mampu melahirkan mahasiswa yang holistik, berdaya saing dan berjiwa sukarelawan ke arah kesejahteraan masyarakat.

Ia juga dapat memperkukuh hubungan antara mahasiswa universiti dengan komuniti setempat, selain satu tanggungjawab murni untuk meningkatkan lagi keupayaan dalam membentuk satu komuniti yang jauh lebih baik.

"Kita hendak menyantuni mereka yang memerlukan, mereka yang layak dan juga untuk santuni komuniti. Diharapkan program seumpama ini menjadi titik tolak kepada pergerakan yang lebik baik daripada adik-adik UniMAP ini masuk ke kampung bersama komuniti", katanya.

Beliau memaklumkan pada Program Bakti MADANI: Siswa Universiti Komuniti Madani@Perlis (SUKA PERLIS) di sekitar Pauh. Setiap mereka disantuni menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Program dijayakan dengan penglibatan keseluruhan melibatkan 50 mahasiswa UniMAP, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan pelajar antarabangsa yang menuntut di UniMAP.

Turut menjayakan program kali ini ialah pihak BERNAS dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan serta agensi kerajaan yang turut menyalurkan pelbagai sumbangan.

ROSLINA BINTI DIN