(Foto fail)
ALOR SETAR, 13 Julai- Sebanyak 84 daripada 3,039 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 di Kedah berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan PNGK 4.0, meningkat 0.5%.
Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Kedah, Mahadhir Ismail dalam kenyataannya berkata secara keseluruhan pencapaian Gred Purata merosot sedikit sebanyak 0.01% daripada 2.85 pada 2021 kepada 2.84 tahun 2022.
Bagaimanapun Kedah mencatat peningkatan bilangan calon mendapat PNGK 4.0 dan peningkatan jumlah pusat yang mendapat nilai gred purata sekolah melebihi 3.0.
Peratusan lulus penuh iaitu 98.62% menunjukkan penurunan berbanding 98.92% tahun 2021.
Manakala sebanyak 40 sekolah daripada 58 pusat peperiksaan lulus 100%.
Dua calon dari Kedah terpilih sebagai Pelajar Terbaik STPM 2022 iaitu Nursyuhaila Abdullah dari Kolej Tingkatan Enam Kulim dan Muhammad Afdhal Danish Mohd Rithauddeen dari Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehudin.
(84 calon STPM 2022 di Kedah peroleh PNGK 4.0)