fb fb fb fb fb

82 terbunuh dalam pertempuran puak di Pakistan

Foto REUTERS

KURRAM,24 November-Pertempuran sengit antara puak di daerah Kurram, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, yang memasuki hari ketiga telah meragut sekurang-kurangnya 82 nyawa dan mencederakan 156 orang, menurut seorang pegawai tempatan yang enggan dikenali.

"Daripada jumlah mangsa yang terkorban, 16 adalah Sunni, manakala 66 lagi daripada komuniti Syiah," kata pegawai tersebut.

Pakistan, negara majoriti Sunni, menyaksikan ketegangan berpanjangan antara komuniti Sunni dan Syiah di Kurram, kawasan yang bersempadan dengan Afghanistan.

Ketegangan yang telah berlarutan lama telah mencetuskan konflik berdarah yang kerap berlaku.

Pertempuran terbaru bermula Khamis lalu apabila dua konvoi penganut Syiah yang dikawal pihak polis diserang hendap, mengakibatkan 43 terbunuh dan mencetuskan pertempuran yang telah berlarutan selama dua hari.

Menteri Undang-undang Wilayah, Aftab Alam Afridi, menyatakan keutamaan kerajaan kini adalah mencapai gencatan senjata.

“Sebaik gencatan senjata tercapai, kami akan mula menangani punca konflik,” katanya pada Ahad.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD