
PUTRAJAYA, 2 Julai – Sebanyak 813 daripada keseluruhan 1,250 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara siap sepenuhnya setakat bulan lalu.
- 173 projek dalam pembinaan dan 264 pada peringkat prabina.
- Pelaksanaan projek mengambil masa antara enam hingga 36 bulan, bergantung skop dan kerja penyediaan tapak.
- Jumlah sekolah daif bersifat dinamik dan berubah mengikut pemantauan berkala.
- JPN memantau kebolehlaksanaan pembinaan untuk memastikan murid dan guru mendapat pendidikan berkualiti serta persekitaran kondusif.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya memaklumkan, baki 173 projek masih dalam pembinaan, manakala 264 lagi berada pada peringkat prabina.
“Pelaksanaan setiap projek mengambil masa antara enam hingga 36 bulan, tertakluk skop projek serta keperluan kerja penyediaan tapak,” menurut kenyataan tersebut.
KPM turut memaklumkan jumlah sekolah daif bersifat dinamik dan berubah dari semasa ke semasa.
“Keperluan dan kebolehlaksanaan pembinaan bangunan gantian bagi sekolah daif sentiasa dipantau rapi melalui jabatan pendidikan negeri (JPN),” jelas kenyataan itu.
Usaha menangani sekolah daif diteruskan bagi memastikan murid dan guru mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan persekitaran kondusif,” jelas kenyataan itu.