fb fb fb fb fb

762,909 layak terima khidmat saring kesihatan percuma

(Foto hiasan)

KOTA TINGGI, 1 Oktober- Seramai 762,909 orang layak menerima perkhidmatan saringan kesihatan percuma yang disediakan Kerajaan Johor, termasuk golongan sasar B40 berusia 40 tahun ke atas.

Bagaimanapun, setakat ini hanya 68,478 orang sahaja yang memanfaatkan inisiatif tersebut.

Menurut Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, "antara punca masyarakat gagal memanfaatkan peluang itu adalah bimbang dengan hasil laporan kesihatan."

Usaha tersebut dipergiatkan dengan memberi kemudahan pemeriksaan kesihatan secara bergerak terutama kepada masyarakat yang berada di kawasan luar bandar.

Beliau turut menambah, "sekarang kita sedang membuat jelajah ke beberapa kawasan kampung.

"Sekiranya ADUN merancang untuk melaksanakan program tersebut di kawasan pulau atau di luar bandar kami di jabatan kesihatan negeri akan membantu mereka."

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat daerah Kota Tinggi, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Poon, Sungai Rengit, pagi tadi.

(Foto hiasan)

Media Baharu