fb fb fb fb fb

Hari Terbuka, Karnival Kerjaya MAG 2022 tawar lebih 400 peluang pekerjaan

PETALING JAYA, 1 Oktober- Lebih 400 peluang pekerjaan ditawarkan pada Hari Terbuka dan Karnival Kerjaya Malaysia Aviation Group (MAG) 2022 di Akademi Malaysia Airlines, Petaling Jaya.

Acara dua hari itu yang bermula hari ini, menawarkan kerjaya dalam bidang teknikal dan bukan teknikal.

Antaranya kru kabin, kru teknikal, kakitangan kejuruteraan, katering, pemasaran, operasi lapangan terbang dan e-dagang.

Program julung kali ini juga bertujuan menyokong usaha kerajaan mempercepat pemulihan sosioekonomi negara dan menggiatkan semula pertumbuhan industri penerbangan selepas era pandemik COVID-19.

(Program dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (tiga dari
kiri))

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Pengerusi Kumpulan MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ketua Pegawai Kumpulan Modal Insan MAG, Datuk Mohd Khalis Abdul Rahim.

Media Baharu