fb fb fb fb fb

686 penduduk terjejas banjir di Terengganu

Banjir gelombang ketiga di Terengganu merekodkan peningkatan penduduk terjejas banjir

TERENGGANU, 24 Disember- Banjir gelombang ketiga di Terengganu yang bermula tengah malam tadi terus merekodkan peningkatan penduduk terjejas banjir.

Setakat pukul 4.00 petang tadi jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 686 individu.

Kesemuanya ditempatkan di 13 PPS di empat daerah iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan juga Setiu.

Dungun merekodkan penduduk terjejas paling tinggi iaitu 337 penduduk terjejas banjir yang berlindung di enam PPS.

Sementara itu di Hulu Terengganu merekodkan 274 penduduk terjejas banjir, Setiu (63) manakala Marang (12).

Ketika ini hujan lebat masih lagi turun di kebanyakan tempat terutama di Daerah Setiu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI