LANGKAWI, 24 Disember- Sebanyak 58 kes COVID-19 dilaporkan di Pulau Langkawi.
Secara kumulatif, sebanyak 311 kes COVID-19 dikesan di pulau pelancongan itu setakat hari ini.
Pegawai Kesihatan daerah Langkawi Dr. Mansor Ismail berkata, statistik menunjukkan peningkatan berkali ganda berbanding sebelum ini.
Peningkatan itu dijangka berlaku ekoran kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara.
"Golongan berisiko tinggi ataupun mempunyai komorbit dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi. Manakala pelancong pula dielakkan untuk ke lokasi yang sesak.
"Kalau tidak dapat dielakkan destinasi pelancongan ini disebabkan orang ramai boleh pakai pelitup muka dan menggunakan hand sanitizer," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Kesihatan Langkawi.
Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan untuk kekal disiplin diri dengan mengamalkan 3W dan elak 3S selain menggalakkan golongan berisiko tinggi dan rentan untuk mendapatkan vaksinasi.
Klinik Kesihatan Ayer Hangat dibuka setiap Khamis bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk perkhidmatan vaksinasi.