fb fb fb fb fb

Hampir 1,400 penduduk terjejas banjir di Kelantan

Keadaan banjir di Kelantan

KOTA BHARU, 24 Disember- Keadaan banjir di Kelantan menunjukkan peningkatan dan menjadikan kira-kira 1,383 penduduk terjejas banjir direkodkan setakat pukul 4.00 petang tadi.
 
Gua Musang menjadi jajahan terbaru di Kelantan yang terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.
 
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka daripada 379 keluarga itu kini berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Pasir mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang.
 
Pasir Mas menjadi daerah paling ramai menempatkan penduduk terjejas banjir dengan 719 orang daripada 198 keluarga kini berlindung di tiga PPS di daerah itu.
 
Ia diikuti daerah Jeli yang menempatkan 539 penduduk terjejas banjir yang berlindung di empat PPS dan di Tanah merah yang menempatkan 103 penduduk terjejas banjir di lima PPS.
 
Dalam pada itu, tiga sungai melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Galas di Dabong Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kuala Besar Kota Bharu dan Sungai Golok di Kg. Jenob, Tanah Merah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI