fb fb fb fb fb

65,000 akaun pengguna SADA terjejas, LRA Bukit Pinang henti operasi

FOTO HIASAN

ALOR SETAR, 9 Mac- Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 terpaksa dihentikan.

Dalam kenyataan di laman sosial Facebook, SADA memaklumkan henti tugas itu berpunca daripada litar pintas dan kerosakan pada sistem dalaman elektrikal pam air mentah.

"Gangguan bekalan air bermula sekitar 4.30 petang tadi dan dijangka berlarutan sehingga kerja-kerja pembaikan serta pengagihan semula bekalan selesai.

"Pengguna yang ingin mengetahui kawasan terjejas boleh merujuk senarai penuh di laman Facebook rasmi SADA," menurut hantaran tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE