fb fb fb fb fb

60 kategori dipertandingkan menerusi ASA 2024

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Sebanyak 60 kategori dipertandingkan menerusi pencalonan Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa memaklumkan penyertaan dibuka bermula 1 Julai sehingga sehingga 15 Julai ini.

Beliau menyifatkan ASA 2024 merupakan penganugerahan berprestij dengan penjurian dibuat berdasarkan kualiti, bukan populariti, bagi memastikan industri penyiaran terus berkembang dan berkualiti.

"Kandungan audio atau audiovisual itu mesti kandungan tempatan dna mesti disiarkan oleh organisasi penyiaran yang berlesen. Kita strict ada organisasi berlesen. Penyertaan bukan dikemukakan oleh individu, tetapi mesti oleh organisasi

"Untuk permohonan semua kita gunakan secara dalam talian. Boleh layari portal rasmi ASA..www.anugerahseriangkasa.com.my boleh guna itu dan cari permohonanan dalam talian. Sekiranya ada masalah, kita wujudkan media bantuan boleh hubungi talian 0389115452", katanya ketika menjadi tetamu menerusi program bual bicara Bernama TV: Apa Khabar Malaysia.

Terdapat dua anugerah khas yang bakal disampaikan pada malam kemuncak ASA 2024 Oktober ini iaitu Anugerah Tokoh Seri Angkasa dan Anugerah Khas Juri.

ROSLINA BINTI DIN