fb fb fb fb fb

7,114 tapak 5G siap di seluruh negara - Nie Ching

Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Sebanyak 81.7% liputan atau 7,114 tapak 5G telah disiapkan di kawasan berpenduduk di seluruh negara, setakat 31 Mei lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memaklumkan bagi Kedah, 379 tapak 5G telah siap, Selangor (1,668 ), Johor (920), Kuala Lumpur (750), Sabah (555), Sarawak (540), Melaka (209), Negeri Sembilan (227), Pulau Pinang (418), Perak (475), Perlis (44), Putrajaya (108), Pahang (341), Terengganu (215), Kelantan (225) dan Labuan (40).

"Buat masa ini, pembinaan rangkaian 5G tertumpu kepada kawasan-kawasan bandar yang mempunyai aktiviti ekonomi yang tinggi.

"Perluasan ke kawasan-kawasan lain termasuk luar bandar telah dimulakan serta akan diteruskan dari semasa ke semasa,"katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad di Dewan Rakyat di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM