JOHOR, 9 Mac- Enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir di Kota Tinggi, Johor ditutup hari ini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Hussin Zamora berkata, ia melibatkan PPS Dewan Raya Taman Kota Jaya, PPS SK Taman Kota Jaya dan SA Taman Kota Jaya telah ditutup pukul 9 pagi.
PPS SK Sungai Telor, PPS Semangar, PPS SA Desa Mahkota pula pukul 12 Tengahari.
Penutupan dibuat selepas keadaan di Kota Tinggi pulih sepenuhnya.
Secara keseluruhan, 20 PPS dibuka di daerah itu sejak banjir melanda 1 Mac lalu.