fb fb fb fb fb

5G berperanan penting, sokong pertumbuhan negara - TPM

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Pelancaran Rangkaian Persendirian 5G PETRONAS bukan sekadar pencapaian untuk satu syarikat semata-mata.

Malah, merupakan satu peristiwa penting untuk negara secara keseluruhannya yang menjadi bukti visi, keazaman dan kesediaan untuk merangkul masa depan negara yang lebih cemerlang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penggunaan rangkaian 5G memainkan peranan penting ke arah menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh.

Ini terutama dalam mendukung matlamat Ekonomi MADANI serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), komponen penting Ekonomi MADANI ke arah memperkukuh laluan reformasi ekonomi.

"Dengan ketersambungan yang pantas, kependaman rendah dan kapasiti untuk mengendalikan aliran data yang besar, 5G akan memperkasakan industri kita untuk berinovasi, bersaing, dan cemerlang pada skala global.

"Ia akan membolehkan kelancaran komunikasi, meningkatkan automasi dan memudahkan pertumbuhan industri penting demi kejayaan ekonomi negara," kata Fadillah ketika melancarkan Rangkaian Persendirian 5G PETRONAS di sini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Dalam pada itu, Fadillah berkata penggunaan Rangkaian Persendirian 5G PETRONAS menetapkan pentas untuk perkongsian dinamik antara kerajaan, sektor swasta dan akademik.

Ia membuka peluang untuk usaha kolaboratif yang dapat sepenuhnya membuka kunci potensi teknologi 5G.

"Tumpuan teras juga akan diberikan ke arah memupuk bakat tempatan serta memastikan tenaga kerja memiliki kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk memacu masa depan digital negara pada masa akan datang.

"Kerjasama ini akan mewujudkan satu persekitaran di mana inovasi berkembang pesat, membolehkan kami memanfaatkan keupayaan lengkap 5G," kata Fadillah.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu