fb fb fb fb fb

59 kawasan dijangka ribut petir, hujan lebat hingga 7 malam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Disember – Sebanyak 59 kawasan di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Kawasan terlibat di Kedah meliputi Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Kelantan, kawasan terjejas ialah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Manakala di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan.

Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Amaran sama turut melibatkan Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau serta Melaka.

Beberapa kawasan di Sarawak merangkumi Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

GRACE AISYAH KEDAYAN