fb fb fb fb fb

52,996 penduduk terjejas banjir di Johor, Pahang dan Melaka

(Infografik Portal Bencana NADMA/FB Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat)

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Seramai 52,996 penduduk terjejas banjir melibatkan sebanyak 15,251 keluarga direkodkan di Johor, Pahang dan Melaka, setakat pukul 4.00 petang ini.

Data Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Johor merekodkan 49,359 orang daripada 14,218 keluarga di 10 daerah terjejas.

"Segamat mencatatkan 13,480 penduduk terjejas, Batu Pahat (18,427), Kluang (5,279), Muar (4,103), Kota Tinggi (3,190), Tangkak (2,996), Mersing (975), Johor Bahru (507), Pontian (338) dan Kulai (64)," menurut data terbabit.

Pahang merekodkan 3,073 orang daripada 883 keluarga di tiga daerah terjejas iaitu Rompin melibatkan 2,748 penduduk terjejas, Temerloh (94) dan Maran (29).

Melaka pula merekodkan 564 orang daripada 150 keluarga di dua daerah iaitu Jasin mencatatkan 555 penduduk terjejas dan Alor Gajah (lima).

(Foto FB Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat)

Media Baharu