fb fb fb fb fb

50kg sampah berjaya dikumpul dalam program Fresh2Fit

KANGAR, 27 Jun - Bagi membudayakan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti sukan, kecergasan dan fizikal sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti, Unit Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mengadakan Program Fresh2Fit Peringkat Negeri Perlis di sekitar Dataran Dato Sheikh Ahmad.

Program melibatkan kerjasama Trash Hero Perlis disertai 80 peserta terdiri ahli Trash Hero, pelajar-pelajar dari UITM Perlis, Universiti Malaysia Perlis dan Sekolah Rendah Kampung Salang serta kakitangan pelbagai agensi.


(Program Fresh2Fit Peringkat Negeri Perlis di sekitar Dataran Dato Sheikh Ahmad)

Menurut Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri , Fauzi Abdullah Saleh, sepanjang program berlangsung sebanyak 50 kilogram sampah berjaya dikumpul oleh peserta.

Program yang dilaksanakan ini juga dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan komuniti setempat serta menggalakan amalan memelihara alam sekitar dan meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.

Media Baharu