fb fb fb fb fb

50 pengunjung pusat hiburan ditahan kerana dadah

GEORGE TOWN, 12 Februari- Seramai 62 pengunjung termasuk 11 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan.

Mereka ditahan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen dekat Jalan Burma di sini.

Menerusi serbuan itu, seramai 108 individu berjaya diperiksa Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Timur Laut, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata daripada keseluruhan jumlah yang diperiksa, pihaknya mendapati seramai 50 ditahan atas kesalahan memiliki dan penyalahgunaan dadah.

"Pengurus premis terbabit turut ditahan. Kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun," katanya kepada pemberita di sini.

Kes disiasat di bawah Sekyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15 (1) Akta sama.


(Kes disiasat di bawah Sekyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,
Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15 (1) Akta sama)

Media Baharu