fb fb fb fb fb

KBS rangka program untuk guna fasiliti sukan kepada umum

(Hannah Yeoh meluangkan masa bermesra dengan anak-anak
penduduk Kuaters Institusi Pendidikan Taman Tun Dr Ismail)

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini sedang merangka beberapa program yang boleh digunakan di fasiliti sukan negara kepada umum.

Menterinya, Hannah Yoeh berkata salah satu daripada program yang boleh dilaksanakan adalah kelas berenang kepada kanak-kanak.

Menurutnya lagi, program itu akan dibuat di semua fasiliti renang seluruh negara.

Menurut data Kementerian Kesihatan, setiap tahun hampir 500 kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas terutama musim cuti sekolah.

"Sekarang kita sedang mencari jalan bagaimana kita boleh guna fasiliti sedia ada jadi kita tidak perlu bina yang baharu,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program gotong-royong perdana di Kuaters Institusi Pendidikan Taman Tun Dr Ismail, pagi tadi.

Pada majlis tersebut, beliau menyumbangkan RM10,000 untuk kerja-kerja naik taraf taman permainan di kuarters tersebut.


(Hannah Yeoh ditemui pemberita selepas menghadiri program gotong-royong

perdana di Kuaters Institusi Pendidikan Taman Tun Dr Ismail)

Media Baharu