fb fb fb fb fb

50,000 pengunjung disasar hadir FAMA Fest 2024 @ Selangor

Pada majlis sama, insentif geran sejumlah RM645,750 diterima 40 orang penerima meliputi sepuluh projek FAMA.

KLANG, 29 Jun- Program Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Fest 2024 @ Selangor telah bermula hari ini hingga Ahad di Aeon Bukit Tinggi, Klang.

Ia disertai 200 usahawan dan 50,000 pengunjung dijangka hadir pada program tersebut.

Pelbagai jualan yang ditawarkan dengan harga yang lebih murah dan berpatutan termasuk jualan produk segar, Kombo MADANI serta makanan-makanan warisan Melayu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu turut hadir merasmikan program berkenaan.

Pada majlis sama, insentif geran sejumlah RM645,750 diterima 40 orang penerima meliputi 10 projek FAMA.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM