fb fb fb fb fb

5.2 juta murid terima RM150 Bantuan Awal Persekolahan tahun depan

Mulai tahun depan penyaluran bantuan BAP akan dibuat terus di sekolah melalui guru kepada ibu bapa/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Seramai 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan peruntukan sebanyak RM800 juta menerusi Belanjawan 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mulai tahun depan penyaluran bantuan itu akan dibuat terus di sekolah melalui guru kepada ibu bapa.

“Ini bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak.,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, kerajaan turut memperluas Bantuan Am Persekolahan (BAPs) kepada murid miskin sehingga Tingkatan Lima, berbanding hanya hingga Tingkatan Tiga sebelum ini, dengan peruntukan berjumlah RM180 juta.

Dalam masa sama, kerajaan turut menyediakan RM150 juta bagi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) kepada anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkukuh akses pendidikan yang adil, menyeluruh dan inklusif bagi semua lapisan masyarakat.

Selain itu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diteruskan bagi memastikan murid terus mendapat makanan berkhasiat. Untuk itu kerajaan memperuntukkan RM870 juta bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang akan memanfaatkan 870,000 murid di seluruh negara.

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN