fb fb fb fb fb

5,000 tempat ditawar, Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI-ECRL)

KOTA BHARU, 18 Mei - Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) menawarkan 5,000 tempat menerusi Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI-ECRL).

Tawaran berkenaan dibuka kepada semua yang berminat terutama mereka yang tinggal di Pantai Timur.

Menurut Ketua Bahagian Strategi MRL, Zaidi Sharif program yang bermula sejak tahun 2018 sehingga 2025 itu mempunyai dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan pembinaan manakala fasa kedua adalah operasi.

(Zaidi di temui media pada Majlis Rumah Terbuka
bersama ECRL di Kota Bharu yang turut di hadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob)

"Program ini ada dua fasa, fasa pertama kita latih, fasa kedua kita jamin pekerjaan. Jadi kita sasarkan kepada pelatih lebih muda, tetapi sebenarnya mengikut rekod memang ada yang dinaikkan sehingga umurl 40 tahun pun ada. Ketika fasa pembinaan sasaran kita adalah 1,800 pada masa operasi ada lagi baki 3,200 orang," kata Zaidi.

Setakat ini seramai 500 peserta telah menyertai program berkenaan dan kesemua mereka sudah mendapat pekerjaan sebaik selesai menjalani latihan selama dua bulan.

Pelbagai latihan yang ditawarkan kepada pelatih termasuk kerja-kerja mahir dalam bidang pembinaan, operator jentera berat, bahagian elektrik, juru ukur dan sebagainya.

Jelas Zaidi, peserta yang menyertai program berkenaan akan menjalani latihan selama dua bulan dengan diberikan elaun sebanyak RM300, sebulan bergantung kepada pusat latihan dan tapak pembinaan selain kos latihan, makan minum dan tempat penginapan ditanggung sepenuhnya.

Pada bulan pertama latihan, pelatih akan dihantar ke pusat-pusat kemahiran di sekitar Pantai Timur dan memasuki bulan kedua mereka akan dihantar untuk menjalani latihan amali di tapak-tapak pembinaan projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL).

Media Baharu