fb fb fb fb fb

42 anak yatim terima sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Seramai 42 kanak-kanak menerima sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia berjumlah RM42,800.

Mereka terdiri anak-anak yatim yang kehilangan ibu atau ayah atau kedua-duanya akibat COVID-19.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bantuan sedemikian disalurkan bagi membantu dari segi keperluan dan pendidikan anak-anak berkenaan sehingga ke peringkat universiti.

"Hari ini 42 penerima sebelum ni kita dah buat program-program, sebelum Jelajah Keluarga Malaysia di negeri-negeri pun akan ada majlis penyampaian.

"Tapi saya dah beritahu KSN tadi, kita tidak akan tunggu ke negeri-negeri kita akan bayar terus, segala sumbangan untuk meringankan beban mereka terutamanya persekolahan, sesi persekolahan akan bermula," kata Ismail Sabri.

Tambah beliau, sebanyak 1,600 bantuan dibawah Yayasan Keluarga Malaysia akan disegerakan.

Beliau berkata demikian dalam majlis ringkas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) yang turut meraikan sembilan peserta Misi Malaysia Everest (ME) 2022.

ME 2022 dijadualkan pada April depan.


(Datuk Seri Ismail Sabri ditemui media di WTC selepas menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia)

 

Media Baharu