fb fb fb fb fb

KPKT bakal anjur Karnival Perumahan, Jun depan

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Usaha menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat terus dipergiat.

Ke arah itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bakal menganjurkan Karnival Perumahan yang dijangka diadakan pada Jun tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Karnival Perumahan itu merupakan inisiatif di bawah agenda ‘Home Ownership Programme’ (Hope).

"Karnival perumahan itu adalah perkara yang kita tengah rancang melalui program yang disebut HOPE, terdiri daripada lima perkara yang saya sebut di bawah RMK-12, Perdana Menteri kata nak bina 500,000 buah rumah.

"Sebab itu kita perlu ada satu kempen dan terangkum dalam kempen itu antaranya kita nak tahu stok rumah mampu milik di Malaysia ni ada berapa unit, dan stok ni datang dari mana, kerajaan pusat atau mana agensi samada Felda,Felcra, atau Kejora, jadi kita nak rangkum,"kata Reezal.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia, WTC Kuala Lumpur.


(Datuk Seri Reezal ditemui media selepas menghadiri perasmina Perhimpunan Agung UMNO)

Media Baharu