fb fb fb fb fb

41 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Terengganu

(FOTO RTM)

MARANG,25 Jun-41 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Terengganu melibatkan kos RM1.36 juta

Daripada jumlah itu, 12 unit tukun tiruan dilabuhkan di Batu buruk dan Pulau Kapas, Marang.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Datuk Adnan Hussain berkata tukun yang bernilai RM360,000 ringgit itu berfungsi sebagai penghalang pukat juvenil di perairan Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Pulau Kapas, Marang.

Sementara itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi tukun tiruan jenis sama dilabuhkan di perairan Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.

Dijangka lebih 8,600 nelayan bakal menerima manfaat melalui pelabuhan tukun tersebut.

Usaha itu dibuat bagi menangani isu kekurangan sumber perikanan dan pendapatan nelayan setempat.


(Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Datuk Adnan Hussain)

Media Baharu