fb fb fb fb fb

405 pencarum SKSSR terima faedah bayaran tahun lalu

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong

GEORGE TOWN, 21 Januari - Seramai 405 pencarum menerusi kes Suri Rumah Berdaftar (SRB), Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menerima faedah bayaran, sepanjang tahun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata ia termasuk bagi kes hilang upaya kekal, elaun keuzuran, bayaran ganti belanja, faedah pengurusan mayat dan pencen penakat melibatkan nilai sebanyak RM1,094,123.21.

"Kita hendak perluas perlindungan ini sebab kita hendak lihat tugas penjaga sebagai komponen penting dalam ekonomi. Kita ingat orang yang jaga rumah itu tiada gaji maksudnya dia bukan penyumbang dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi tidak, pendirian kita di kementerian ialah ekonomi ihsan merupakan ekonomi sebenar-benarnya.

"Justeru pekerja-pekerja dalam ekonomi ihsan harus diberi perlindungan, penjagaan dan hak seperti pekerja dalam sektor lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kesuma Madani bersama komuniti india di Kuil Arulmigu Balathandayathapani, di sini.

Tambah Sim, tahun ini Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan 500,000 pencarum akan mendaftar di bawah skim tersebut berbanding hanya lebih 200,000 pencarum tahun lalu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN