fb fb fb fb fb

40 buah rumah di Yan dilanda banjir kilat

YAN, 5 November - Sebanyak 40 buah rumah di sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang turun petang semalam. 

Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji dalam satu kenyataan berkata
bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Yan menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di daerah itu.

Hasil pemantauan yang dilakukan oleh beberapa pegawai dan anggota polis mendapati, 40 buah rumah di enam buah kampung dilanda banjir kilat.

(FOTO HIASAN)

Kampung terlibat ialah Kampung Perigi, Kampung Perupok, Kampung Teroi Bukit, Titi Serong, Batas Ubi dan Titi Hayun.

Tiada penduduk yang dipindahkan dan banjir kembali surut selepas hujan reda pada pukul 7.30 petang.

Namun pasukan penyelamat terus memantau situasi dari semasa ke semasa.

Beliau menasihati penduduk agar memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya kawasan kediaman mereka dilanda banjir.

Media Baharu