(Senator Datuk Razali Idris dalam sesi perbahasan di Dewan Negara hari ini)
KUALA LUMPUR, 21 September- Isu agama, bangsa dan institusi raja (3R) terus diberi perhatian dalam sesi perbahasan di Dewan Negara dan perkara itu dibangkitkan Senator Datuk Razali Idris.
Katanya, kerajaan perlu memberi garis panduan 3R yang jelas memandangkan ia terlalu kabur hingga disalah tafsir sesetengah pihak.
Ujarnya tindakan yang sama juga perlu dilakukan oleh kementerian berkaitan.
"Jadi pohon kementerian berkaitan untuk menjawab soalan ini memberi penjelasan sejelas- jelasnya di mana yang boleh, di mana yang tidak boleh berkaitan 3R," katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Negara.
Ketika ini, tiga akta digariskan dalam menangani isu tersebut antaranya Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam perkembangan lain, Senator Razali berkata mekanisme terbaik perlu diwujudkan bagi menyelesaikan isu bekalan makanan yang berkurangan dalam negara.
Ini termasuk mencadangkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menggiatkan lagi kolaborasi dengan pelbagai agensi berkaitan agar bekalan makanan tidak berada di tahap membimbangkan.
"Harga beras naik..semakin naik.. bekalan beras tempatan berkurangan.. sehingga timbul panik kepada rakyat ,orang yang berniaga malahan di negeri-negeri sudah tidak mencukupi untuk mengendali makanan asasi di negara kita. Jadi timbul persoalan apa sudah jadi dengan sekuriti makanan negara," katanya.
(FOTO HIASAN)