fb fb fb fb fb

352 orang terjejas banjir di Rompin, ditempatkan di empat PPS

ROMPIN, 27 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Pahang kekal dengan 352 orang yang melibatkan 105 keluarga.

Kesemua mereka yang terjejas banjir kini ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah Rompin. 


(Penduduk terjejas banjir ditempatkan sementara di PPS yang dibuka di daerah Rompin di sini)

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, penduduk paling ramai ditempatkan di PPS Kampung Setajam iaitu seramai 165 orang melibatkan 53 buah keluarga terjejas.

Diikuti, Balairaya Rekoh yang menempatkan 122 penduduk daripada 35 keluarga dan Balairaya Bukit Lepas ,40 penduduk daripada 11 keluarga.

PPS Balairaya Kampung Denai pula menempatkan 25 penduduk daripada 6 buah keluarga.

Media Baharu