fb fb fb fb fb

Elak penipuan beli emas atas talian

KOTA BHARU, 27 Januari - Trend pembelian emas secara dalam talian kini dilihat semakin meningkat dengan keyakinan daripada pihak wanita setelah ramai peniaga mendedahkan langkah keselamatan bagi mengelakkan penipuan.

Emas sinonim dengan wanita Kelantan. Kaum wanita ini amat meminati barang kemas sama ada sebagai perhiasan pemakaian atau pun sebagai aset untuk pelaburan.

Menurut Eksekutif Kanan Pemasaran dan Media MZ Gold Sdn Bhd, Mohd Fadil Mohd Noor, trend pembelian emas dalam talian itu dilihat semakin rancak menerusi platform di media sosial.

Bagaimanapun penjual dan pembeli perlu memainkan peranan bagi mengelak daripada ditipu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.


(Eksekutif Kanan Pemasaran dan Media MZ Gold Sdn Bhd, Mohd Fadil Mohd Noor)

“Kita membuat jualan secara online biasanya dalam media sosial, dan kita buat jualan atas talian dengan cara dan kaedah berhati-hati supaya scammer tidak dapat kesan kita punya info mengenai pelanggan, kaedahnya macam nombor telefon dan nombor akaun yang tertera dipaparkan di skrin semasa siaran langsung' live' sahaja, selain daripada nombor telefon kita paparkan dan nombor akaun kita paparkan di siaran langsung 'live' itu dianggap scammer” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) Penggal 2022/2024 di Kota Bharu.

Turut hadir, presiden KEMUDI, Majidah Ismail dan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan, Wan Azhan Wan Hamat.

Mengulas lanjut katanya, orang ramai perlu berwaspada dengan merujuk kepada kedai emas untuk membuat pemeriksaan terutama membabitkan pembelian dalam talian atau menerusi penjual yang tidak memiliki premis.

Dalam pada itu katanya, menjelang perayaan Aidilfitri, pihaknya kini telah pun mula menerima tempahan pelbagai rekaan yang diminta oleh pelanggan mengikut perkembangan semasa.

Rekaan barang kemas berbentuk syiling lama yang dipakai wanita zaman dahulu antara yang kembali mendapat permintaan tinggi penggemar perhiasan itu di negeri tersebut.

Media Baharu