fb fb fb fb fb

35 program UUM peroleh akreditasi penuh MQA, capai piawaian ditetapkan


SINTOK. 20 Februari- Sebanyak 35 program akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan, berkualiti.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, antara program tersebut ialah Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

Kesemua akreditasi tersebut meliputi program yang telah menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia.

"Ini menunjukkan bahawa satu pencapaian kematangan program kita yang telah teruji dan terbukti mampu memberikan pendidikan atau ilmu yang baik kepada anak-anak didik kita.

"Jadi kita akan terus fokus pastikan bahawa program-program akademik kita 'remain competitive' agar ianya mendahului masa, dengan kata lain apabila pelajar kita bergraduan nanti mereka dapoat merasakan apa yang mereka pelajari di dalam kuliah kita benar-benar mereka manfaatkan dalam industri atau alam kerjaya," katanya.

Tambah beliau semua program pengajian yang diperakukan oleh MQA dan badan-badan autoriti memiliki kelebihan tersendiri seperti peluang penajaan dari badan-badan penaja.

Dr Haim berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pengasasan UUM ke-38 di Sintok, Kedah.

Media Baharu