fb fb fb fb fb

35 Peratus ahli KWSP umur 54 tahun, simpanan kurang RM10,000

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 November- Seramai 94,827 atau 35 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, setakat Januari.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata ahli dengan jumlah simpanan melebihi 1 RM1 juta hanya dua peratus atau 4,877 ahli.

Jelas beliau, data itu diperoleh daripada keseluruhan 274, 715 ahli bagi kategori umur tersebut.

"Setakat separuh pertama tahun ini, seramai 186,000 ahli KWSP telah berdaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun bagi caruman bekerja.

"Selain itu, mereka juga boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa melalui skim caruman sukarela untuk menambah simpanan tertakluk kepada hak caruman sebanyak RM100,000 setahun mulai Jun tahun ini. Caruman sukarela boleh dibuat bila-bila masa melalui saluran aplikasi mudah alih perbankan internet, BSN, kaunter ejen dan kaunter KWSP ", katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 535,000 individu telah membuat caruman secara sukarela melibatkan jumlah keseluruhan caruman RM3.93 bilion.

Beliau menjawab pertanyaan Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berhubung langkah mempertingkat jumlah caruman.

ROSLINA BINTI DIN