fb fb fb fb fb

319 Pegawai, anggota PDRM Selangor telah diambil tindakan tatatertib

(Foto hiasan)

PELABUHAN KLANG, 11 Oktober- Seramai 319 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Selangor telah diambil tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil ringan dalam melindungi mana-mana anggotanya yang disyaki terlibat dalam apa jua salah laku.


(Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan)

"Pada tahun ini sahaja, sehingga bulan September, kita telah mengambil tindakan tatatertib terhadap 319 pegawai dan anggota, yang ini melibatkan 2.1 daripada kekuatan Selangor. Selangor ada 15,000 anggota, manakala yang terlibat dalam jenayah 47 pegawai dan anggota yang melibatkan 0.3 peratus.

Mengulas mengenai indeks jenayah di Selangor, katanya peningkatan enam peratus direkodkan sejak Januari hingga September lalu.

"Bagi tahun ini, dalam sembilan bulan pertama ada peningkatan sedikit iaitu enam peratus berbanding tahun lepas, tetapi peningkatan ini tidak melangkaui nilai ambang yang ditetapkan PDRM.

"Peningkatan itu ekoran ekonomi di Selangor selepas pandemik dan sebagainya. Polis telah mengambil tindakan yang agresif dalam mengekang aktiviti jenayah", katanya kepada media selepas meninjau Latihan Amal Ex-Ganjar 2023 di Pelabuhan Klang.

Hadir Sama, Exco pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan ekonomi kreatif dan Pengurusan Bencana Selangor Najwan Halimi.

Media Baharu