HUTAN MELINTANG, 11 Oktober- Mayat mangsa bot karam di Kampung Pasang Api, Hutan Melintang ditemukan petang tadi.
Mayat Amir Hamzah Shaari, 55, ditemukan pada jarak 400 meter dari lokasi bot tersebut dipercayai karam.
Perkara itu disahkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad.
Dalam kejadian awal pagi tadi, dua lagi mangsa berjaya diselamatkan orang awam.
Pencarian mangsa menggunakan bot bersama Unit K9 dimulakan di kawasan Pasang Api menghala ke Beting Beras Basah.
Kemudian operasi diteruskan sehingga tiga kilometer ke arah muara laut dan lima kilometer ke arah Teluk Intan.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
(Mayat Amir Hamzah Shaari, 55, ditemukan JBPM Perak)