fb fb fb fb fb

31,600 jemaah haji Malaysia berkumpul di Arafah

MEKAH, 27 Jun- Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia kini berada di Arafah, bagi melaksanakan kemuncak ibadah haji iaitu berwuquf.

Mereka yang dibawa menaiki bas sejak pagi semalam, selamat tiba awal pagi tadi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihati para jemaah agar mengisi masa dengan memperbanyak amal ibadah dan berdoa sepanjang tempoh wuquf.

"Matlamat sebenar adalah mendapatkan haji yang mabrur. Kita tidak mahu perkara kecil mengalihkan perhatian kita daripada menyempurnakan ibadah haji. Ini sebahagian daripada ujian," kata Mohd Na’im kepada media di sini.

Beliau yang tiba di kawasan perkhemahan Malaysia awal pagi tadi, turut melakukan tinjauan mesra bersama jemaah haji selepas waktu subuh tadi.

Jemaah yang ditemui berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan Tabung Haji termasuk keadaan khemah dan sajian makanan.

Selepas Arafah, jemaah haji akan dibawa secara berperingkat untuk bermalam di Muzdalifah.

(Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihati para jemaah agar mengisi masa dengan
memperbanyak amal ibadah dan berdoa sepanjang tempoh wuquf)

Media Baharu