fb fb fb fb fb

30% pelajar MRSM berbayar mungkin dalam kalangan keluarga B40

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Kira-kira 30 peratus pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar berkemungkinan melibatkan pelajar daripada keluarga B40 dan mereka merupakan kumpulan pelajar yang menerima tajaan daripada badan-badan korporat.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka ini merupakan kumpulan pelajar yang mendapat tajaan daripada badan-badan korporat.

"Tajaan ini mungkin bukan daripada Mara, kita mungkin ada Yayasan Mara yang dapat bayaran daripada pelbagai piha, ada daripada korporat dan macam-macam pihak, yang ini pun
boleh kita manaaatkan, jadi inilah perkara-perkara yang yang saya boleh kongsikan dalam konteks MRSM berbayar ini yang bagi sama masih lagi di peringkat kajian," kata Dr Asyraf Wajdi, di sini.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan penubuhan MRSM berbayar itu tidak akan terpesong daripada landasan asal penubuhan institusi berkenaan untuk membantu anak golongan B40.

Menurutnya idea penubuhan MRSM tersebut bukanlah cadangan baharu, sebaliknya sudah ada dalam kajian pihak Mara sebelum ini.

(FOTO FAIL)

Dr Asyraf Wajdi berkata dasar pengambilan pelajar MRSM ketika ini adalah 60 peratus daripada keluarga berpendapatan rendah B40 dan selebihnya diberikan kepada pelajar daripada keluarga M40 dan T20.

"Saya lihat tuntutan dan harapan masyarakat pada MRSM begitu tinggi, tahun ini sahaja seramai 90,000 permohonan yang diterima sedangkan kita cuma ada kira-kira 7,100 tempat sahaja.

Pada Isnin lepas, ADr Asyraf Wajdi memuat naik hantaran di Facebooknya dengan mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.

Media Baharu