fb fb fb fb fb

Letupan di pusat beli-belah, tiga lelaki cedera

Foto JBPM

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Tiga lelaki mengalami kecederaan akibat satu letupan di pusat beli-belah di Plaza GM, Kuala Lumpur petang tadi.

Menurut Komander Operasi, Penguatkuasa Bomba Kanan II, Mohd Azrul Mat Zenan, siasatan awal mendapati letupan itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pengisian gas penghawa dingin.

"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada pukul 3.20 petang.

"Mangsa diserahkan kepada pihak kementerian kesihatan untuk rawatan lanjut.

"Tiada sebarang kebakaran yang berlaku dan operasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM