fb fb fb fb fb

29 Warga asing ditahan di Johor Bahru

Foto facebook Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 3 Januari- Seramai 29 warga asing termasuk seorang kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Johor (JIM) menerusi Ops Sapu di sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru, Johor pada pagi tadi.

Pengarahnya Baharuddin Tahir berkata, tindakan diambil susulan maklumat awam diterima berkaitan beberapa warga asing di kawasan berkenaan tidak mempunyai permit yang sah.

Hasil siasatan awal mendapati warga asing terbabit menyewa ruang tamu dan bilik kecil dengan kadar sewa bermula RM450 hingga RM750 bagi tempoh sebulan.

Kesemua warga asing tersebut ditangkap kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta tinggal melebihi masa.

Mereka yang ditahan termasuk kanak-kanak berusia 11 hingga 56 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

ROSLINA BINTI DIN