fb fb fb fb fb

28 kawah bubur Asyura diagih kepada 3,000 penduduk

SIMPANG EMPAT, 20 Ogos- Tradisi mengacau bubur Asyura menjadi suatu kelaziman yang unik dalam budaya masyarakat Melayu di negara ini.

Di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat, Arau, sebanyak 28 kawah bubur Asyura telah disediakan hasil kesepakatan penduduk kampung.

ADUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob berkata, program tahunan itu secara tidak langsung memupuk amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat.

"Jumlah yang akan diagihkan sebanyak 3,000 pek.

Ikatan silaturahim antara pemimpim setempat dengan penduduk dan semangat pemuafakatan juga dapat dieratkan lagi dengan program sebegini," katanya pada Program Bubur Asyura Mega DUN Simpat Empat di sini.

(ADUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob mengisi bubur Asyura yang telah siap dimasak
ke dalam bekas untuk diagihkan kepada 3,000 penduduk)

Program yang disertai 200 penduduk setempat itu turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Kangar.

Media Baharu