28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIA

Foto RTM

SEPANG, 24 Mei – Laungan “Allahuakbar” dan “Free Palestine” bergema mengiringi ketibaan 28 aktivis Malaysia daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang selamat tiba di tanah air di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Delegasi mendarat di KLIA Terminal 1 kira-kira jam 9.50 malam dan tiba di Balai Ketibaan sekitar jam 11 malam.
  • Pesawat Turkish Airlines membawa delegasi kembali ke tanah air.
  • Ketibaan disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, ahli keluarga dan lebih 300 penyokong.
  • Seramai 29 aktivis terbabit; 28 pulang. Razman Mat Ali masih dirawat di Istanbul akibat kecederaan dan paru-paru bocor.

Kesemua mereka tiba di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 sekitar jam 11 malam sebelum sebelumnya mendarat kira-kira jam 9.50 malam dengan menaiki pesawat Turkish Airlines.

Ketibaan delegasi itu disambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ahli keluarga serta waris aktivis, selain lebih 300 rakyat Malaysia yang turut hadir bagi menyatakan solidariti dan menyambut kepulangan mereka.

Antara aktivis yang tiba termasuk Abdul Rahim Abdul Razak, Al Ahmad Shah Abdul Kadir, Hazwan Hazim Dermawan dan Muhammad Hareez Adzrami.

Sementara itu, dilaporkan seramai 29 aktivis Malaysia terlibat dalam misi berkenaan, namun 28 telah pulang ke tanah air malam tadi, manakala seorang lagi, Saudara Razman Mat Ali, masih berada di Istanbul untuk menerima rawatan akibat kecederaan dipercayai berpunca daripada insiden kekerasan oleh tentera Israel sehingga menyebabkan beliau mengalami paru-paru bocor.

Beliau kini dilaporkan sedang dirawat dan dipantau rapi di sebuah hospital di Istanbul.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.