fb fb fb fb fb

264 usahawan telah berdaftar dengan FAMA Melaka

Pengarah FAMA Melaka, Nor Azhar Abdul Rashid / Foto RTM

AYER MOLEK, 4 Mei- FAMA Melaka mengalu-alukan penyertaan lebih ramai usahawan baharu untuk berdaftar dengan FAMA.

Pengarahnya, Nor Azhar Abdul Rashid, berkata setakat ini seramai 264 usahawan telah berdaftar dengan FAMA negeri membabitkan jualan RM1.67 juta.

Jelasnya, FAMA tidak meletakkan had dalam pendaftaran usahawan memandangkan ada penggiliran bagi setiap program pasar tani yang diadakan. 

"Jumlah usahawan kita kalau ikutkan kita ada 264 usahawan dan bertambah dengan penambahan ada dua lagi Pasar Tani.

"Kita jangkakan di Pasar Tani Ayer Molek ada 30 usahawan campur dengan Jasin, kita jangkakan ada 20 usahawan berebeza bergantung kepada tempat bilangan penduduk populasi dan sebagainya.

"kita tidak hadkan bilangan usahawan yang ingin turut serta tapi kita buka berapa dan kita menggalakkan usahawan-usahawan baru yang hendak berniaga dan produk makanan ni untuk memohon  dan kita sentiasa membuka peluang baru kepada usahawan-uasahawan baharu untuk berniaga di pasar tani", katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan pelancaran pembukaan Pasar Tani Ayer Molek yang beroperasi setiap Sabtu bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari bermula 6 April lepas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD