
KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Sebanyak 26 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 6 petang ini.
- Bacaan tertinggi dicatat di Johan Setia (166), diikuti Batu Muda (165), Nilai dan Seremban (163).
- Sebanyak 38 kawasan pada tahap sederhana manakala empat kawasan merekodkan kualiti udara baik termasuk Langkawi, Miri, Kimanis dan Limbang.
- Skala IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, lebih 300 berbahaya.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 166 diikuti Batu Muda, Wilayah Persekutuan (165), Nilai dan Seremban Negeri Sembilan (163).
Turut mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, tiga kawasan di Melaka, iaitu Bukit Rambai (163), Alor Gajah (161), dan Bandaraya Melaka (160), selain Tangkak, Johor (160), Petaling Jaya (160) dan Cheras, Kuala Lumpur (156).
Sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana di seluruh negara manakala hanya empat kawasan, iaitu Langkawi (49), Miri, Sarawak (47), Kimanis di Sabah (45) dan Limbang di Sarawak (34) merekodkan bacaan pada tahap baik.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.