250,000 dron berdaftar dengan CAAM setakat ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Sebanyak 250,000 dron bagi pelbagai tujuan, termasuk kegunaan peribadi dan pertanian, telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) setakat ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan membangunkan Kerangka Kawal Selia Ekonomi Altitud Rendah untuk menyelaras operasi, keselamatan dan aspek perniagaan dron.
  • Kerangka LAE akan melibatkan banyak agensi dan meneliti keperluan pusat kawalan khusus di bawah CAAM.
  • Rundingan awam bermula Ogos, dianggarkan kelulusan September dan pelancaran akhir tahun. Konsep AAM dijadualkan dilancarkan Oktober semasa TXA 2026.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, perkembangan pesat penggunaan dron mendorong kerajaan membangunkan Kerangka Kawal Selia Ekonomi Altitud Rendah (LAE) bagi menyelaras aspek operasi, keselamatan dan perniagaan.

“Apabila kerangka ini dilancarkan, banyak agensi akan terbabit kerana operasi itu bukan hanya melibatkan aspek perniagaan, tetapi juga keselamatan.

“Dalam proses pembangunan kerangka itu, semua perkara akan diteliti, termasuk keperluan mewujudkan pusat kawalan khusus bagi menyelaras operasi LAE di bawah CAAM,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Wu Him Ven di Dewan Negara.Jelasnya lagi, rundingan awam mengenai kerangka kawal selia LAE akan bermula pada Ogos sebelum dijangka mendapat kelulusan pada September dan dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

Konsep operasi Mobiliti Udara Termaju (AAM) pula dijadualkan dilancarkan pada Oktober bersempena dengan Transport Expo Asia (TXA) 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.